Thursday, November 4, 2021

PERMAINAN TRADISIONAL TENG TENG

 



TENG TENG 

Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada kanak-kanak lelaki kerana kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.

Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting.

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong ialah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak kedua dan petak sembilan yang perlu dilompat dengan kedua-dua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan di setiap petak, seandainya pemain terpijak garisan, ia dianggap batal dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan lalu mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira batal. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua-dua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya, ia dikira batal.



PERATURAN BERMAIN TENG TENG :

  • Permainan ini melibatkan 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B
  • Giliran untuk memulakan permainan ditetapkan melalui undian 
  • Untuk memulakan permainan, pemain harus mancampakkan guni kecil atau batu
    ke dalam petak pertama 
  • Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki pemain harus melompat ke dalam petak tersebut dengan menggunakan kedua-dua kaki mereka
  • Sebelum pemain melompat kembali ke garisan permulaan, dia harus mengutip guni kecil ataupun batu yang berada di mana-mana petak dengan syarat iaitu dengan menggunakan satu kaki sahaja.
  • Jika guni kecil atau batu tidak dapat masuk ke dalam petak atau pemain itu tersalah kaki semasa melompat ke dalam petak, maka markah yang diperuntukkan oleh pemain tersebut adalah berpandukkan petak terakhir yang berjaya dilintasi olehnya dan giliran pemain seterusnya akan mengambil alih permainan.


MEMBINA RUMAH

  • Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu ataupun batu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu ataupun batu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan.
  • Pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang untuk mendapatkan rumah dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu ataupun batu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

      Sumber Rujukan 
  • https://warisanmelayu.weebly.com/teng-teng.html
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Teng_teng




No comments:

Post a Comment

VIDEO MINI PROJECT KUMPULAN 4 (PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN)

MINI PROJECT  MPU24011 SUKAN TRADISIONAL  POLITEKNIK MERSING, JOHOR SESI 1 2021/2022 KUMPULAN 4 💛