Tuesday, December 28, 2021

PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH

 LOMPAT GETAH

Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat segelintir tempat, ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia

ALATAN

Getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung.

CARA BERMAIN

Permainan akan dimulakan oleh ketua kumpulan dan akan menyebut perkataan 'zero point' ketika melepasi getah dan tidak boleh menyentuh tali getah dan sekiranya terkena, makan kumpulan lain akan menggantikan kumpulan tersebut melakukan lompatan. Tali getah akan diletakkan pada aras kaki sebagai permulaan permainan. Tali getah akan dinaikkan lagi ke paras lutut dan perlu melompat tanpa mengenai tali getah dan diikuti ke paras paha.

 

Apabila selesai melepasi paras lutut dan paha, tali getah akan dinaikkan ke paras pinggang. Pada paras ini, pemain boleh menyentuh getah ketika melompat. Apabila pemain dapat melepasi paras ini, tali getah akan dinaikkan lagi ke paras dada, telinga dan kepala. Ahli kumpulan yang tidak boleh melompat pada paras pinggang boleh dibantu oleh ahli kumpulan yang lain ataupu istilah 'hidupkan ahli lain yang mati pada paras ini. 

Apabila pemain dapat melepasi paras pinggang, dada, telinga dan kepala tali getah akan dinaikkan kepada sejengkal daripada kepala dan seterunya 2 jengkal daripada kepala. Seterusnya, tali getah akan dinaikkan daripada aras kepala setinggi yang mungkin. Pemain boleh 'memotong tali getah' iaitu menurunkan tali getah menggunakan tangan dan seterunya melakukan lompatan daripada aras sejengkal ataupun mengikut kehendak pemian itu sendiri. Pada aras ini juga ahli kumpulan yang lain boleh membantu ahli kumpulan yang lain yang telah 'mati pada aras ini untuk menghidupkan semula pemain itu' dan meneruskan permainan. Kumpulan yang melepasi aras yang tertinggi dianggap sebagai pemenang.




Bermain sememangnya seronok kerana tidak memerlukan peraturan yang tetap tetapi boleh diubah mengikut kehendak atau persetujuan pemain. Permainan lompat getah dimainkan di pelbagai tempat dan mempunyai peraturan yang berlainan. Walaupun begitu, permainan ini tetap menyeronokkan walaupun pelbagai 'versi' daripada tempat yang berlainan. Permainan getah bukan sahaja mencabar pemain untuk melakukan lompatan setinggi yang boleh tetapi juga mengeratkan lagi hubungan setiakawan. Permainan getah juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan bahan iaitu 'gelung getah' yang mudah didapati dengan harga yang berpatutan. Walaupun permainan ini dimonopoli oleh kanak-kanak perempuan ini tidak menghalang kanak-kanak lelaki mencuba dan bermain bersama kanak-kanak perempuan. Permainan ini dimainkan di kawasan yang lapang supaya pemain mempunyai kawasan larian yang lapang bagi memudahkan lompatan. Gelak tawa dan riang gembira menceriakan lagi suasana semasa bermain amatlah bernilai apabila dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

GETAH YANG SUDAH DISAMBUNGKAN 


         GETAH YANG DIMATIKAN HUJUNGNYA SUPAYA TIDAK TERURAI KETIKA BERMAIN 




No comments:

Post a Comment

VIDEO MINI PROJECT KUMPULAN 4 (PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN)

MINI PROJECT  MPU24011 SUKAN TRADISIONAL  POLITEKNIK MERSING, JOHOR SESI 1 2021/2022 KUMPULAN 4 💛