Teng-tengatau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada kanak-kanak lelaki kerana kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.
Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting.
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong ialah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak kedua dan petak sembilan yang perlu dilompat dengan kedua-dua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan di setiap petak, seandainya pemain terpijak garisan, ia dianggap batal dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan lalu mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira batal. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua-dua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya, ia dikira batal.
PERATURAN BERMAIN TENG TENG :
Permainan ini melibatkan 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B
Giliran untuk memulakan permainan ditetapkan melalui undian
Untuk memulakan permainan, pemain harus mancampakkan guni kecil atau batu ke dalam petak pertama
Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki pemain harus melompat ke dalam petak tersebut dengan menggunakan kedua-dua kaki mereka
Sebelum pemain melompat kembali ke garisan permulaan, dia harus mengutip guni kecil ataupun batu yang berada di mana-mana petak dengan syarat iaitu dengan menggunakan satu kaki sahaja.
Jika guni kecil atau batu tidak dapat masuk ke dalam petak atau pemain itu tersalah kaki semasa melompat ke dalam petak, maka markah yang diperuntukkan oleh pemain tersebut adalah berpandukkan petak terakhir yang berjaya dilintasi olehnya dan giliran pemain seterusnya akan mengambil alih permainan.
MEMBINA RUMAH
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu ataupun batu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu ataupun batu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan.
Pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang untuk mendapatkan rumah dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu ataupun batu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
Permainan penutup
botol ini dikenali sebagai 'Ceper'. Permainan ini amat terkenal dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja pada suatu ketika dahulu dan masih dimainkan hingga
sekarang.
Permainan ini amat
menyeronokan jika dimainkan bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Lebih
ramai pemain, lebih seronok permainan ini dimainkan.
...Kecuali, jika
terdapat pemain yang handal, pasti kita akan berasa bosan kerana menunggu
giliran kita tiba, hehehe...
Kebanyakan penutup botol ini boleh diperolehi daripada botol minuman berkaca
ataupun botol kicap. Permainan ini hanya memerlukan lima buah penutup botol
sahaja seperti gambar di bawah;
Objektif permainan ini cukup mudah, iaitu
mengumpul mata sebanyak yang mungkin dan andalah pemenangnya. Tetapi, untuk
bermainnya, kita memerlukan sedikit kemahiran seperti menimbang menggunakan
tangan, dan menjentik penutup botol.
Cara-cara untuk bermainnya adalah seperti berikut:
1.Setiap pemain akan menimbang ceper (1
ceper mewakili 2 markah), bagi menentukan giliran. Pemain dengan markah
tertinggi akan memulakan permainan terlebih dahulu.
2.Ceper disusun secara bertindih
(menegak), kemudian diputarkan ke udara bagi memastikan ceper tersebut
bertebaran seperti gambar di bawah;
3.Pemain lain akan menentukan arah ceper
mana yang akan dijentik oleh kita.
4.Andai kata ceper yang dijentik oleh
kita tidak mengena sasaran atau tersentuh ceper yang lain, maka, giliran kita
tamat dan diteruskan dengan pemain yang lain.
5.Sekiranya kita berjaya menjentik semua
ceper yang diarahkan oleh pemain lain, pusingan diteruskan dengan menimbang
ceper menggunakan tangan seperti gambar dibawah;
6.Permainan diteruskan sehingga terdapat
pemain yang berjaya mengumpul markah penuh dengan pantas.
7.Pemain pertama yang berjaya mengumpul
markah penuh dinobatkan sebagai pemenang. *markah penuh ditentukan oleh para
pemain*
INFO TAMBAHAN
Ayam
·Ceper yang bertindih dua selepas
diputarkan ke udara dipanggil ayam. Apabila perkara ini berlaku, pemain lain
akan menolong untuk memutarkannya kembali ke udara mengikut tahap putaran iaitu
"sederhana(hujan), kuat(ribut) dan sangat kuat(taufan)". Tahap ini
ditentukan oleh mana-mana pemain yang menyebutnya terlebih dahulu.
Jamban
·Ceper yang bertindih tiga selepas
diputarkan ke udara dipanggil jamban. Ceper disusun secara bertingkat iaitu 2
dibawah, 1 di atas. Pemain akan diberi pilihan oleh pemain lain sama ada untuk
memilih jamban terbuka atau tertutup. Kemudian pemain akan menjentik ceper berdasarkan
arahan pemain lain.
·Jamban terbuka - 2 dibawah, 1 di atas
tertutup, 1 lagi di atas terbuka.
·Jamban tertutup - 2 dibawah, 1 di
atas, lebihan ceper sebanyak 2 diletakkan secara bertentangan dengan
"jamban".
Pagar
·Berlaku apabila terdapat 4 ceper yang
bertindih selepas diputarkan ke udara. 4 ceper di susun secara bertindih
(melintang). Lebihan ceper sebanyak 1 diletakkan bertentangan dengan
"pagar" berdasarkan jarak yang ditentukan oleh pemain lain. Kemudian
ceper tersebut perlu dijentik melepasi "pagar" tersebut tanpa
menyentuhnya.
Bunga
·Berlaku apabila 5 ceper yang
diputarkan ke udara bertindih antara satu sama lain. Keadaan ini jarang
berlaku, tetapi mudah untuk dilakukan dengan cara memutarkannya ke udara secara
perlahan dan rendah. 4 ceper di susun secara sebelah menyebelah membentuk segi
empat sama dan 1 di atas. Pemain lain akan menekan ceper di atas dengan kuat
agar ceper-ceper tersebut bertebaran. Kemudian pemain menjentik ceper tersebut
berdasarkan arahan pemain lain seperti biasa.
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya,
sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya
dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara
kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Permainan
gasing amat popular dimainkan di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia
terutama Kelantan .Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing
jantung ,gasing piring atau leper,gasing kelamar,gasing telur,gasing berembang
,gasing melayu,gasing cina,gasing buku benang dan gasing pinang.Kebanyakkan
kanak-kanak lebih gemar untuk bermain dengan gasing Melayu dan cina ,kerana
saiz gasingnya yang kecil dan mudah untuk dimainkan.disamping bermain sebagai
riadah dan memenuhi masa lapang,permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan
antara pasukan di peringkat kampung,daerah dan negeri.
Gasing
dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan
dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing
dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan
seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan
pergerakan gasing.
CARA BERMAIN GASING
Kaedah bermain gasing
dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan
gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah
yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing
dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing,
semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak
dan membela uri gasing.
1)MELILIT TALI
Terdapat 2
cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di
jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan
kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan
gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali
ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan
menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia
tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain
sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan
bergantung kepada orang pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan
tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang
kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.
Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain.
Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain
seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak
dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan
menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing.
Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua
tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan
pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan
gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis
bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.
2)MELILIT
GASING
Terdapat dua
cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu
kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang
diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat
pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan
yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan
pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja
meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan
kertas kaca. Bagi menghasilkan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan
menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk
melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher
gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali
hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah
dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa
mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat.
Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini
berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.
3)MEMUSING GASING
Terdapat
berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul
akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk
menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara
yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya
terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik
dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang
secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah
tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa
mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan
mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum
dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari
sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut
hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak
rendah dan dekat.
Bagi
pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan
kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing
menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari
paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak
sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke
bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak.
Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing
diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.
4)MEMANGKAH
GASING
Memangkah adalah satu gerakan yang
penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat
mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan
kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa
juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan
pangkah tebang.
Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat
dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di paras bahu
dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada
bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk
menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang
agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi
adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan
pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan
memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran.
Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah
pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat
ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan
biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan
pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan
mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah
tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara
tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang.
Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari
sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,
labu, kepala atau tengkuk gasing.
Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan
gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh.
Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak.
Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya
mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat
kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau
dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya
agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan
kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain
mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing.
Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian
patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan
perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa
gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok
digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa
hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya
mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat
gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari
tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.
Congkak ialah
sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah Congkak menggunakan
biji getah atau guli.
Di Asia
Tenggara, Congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "Congkak"
dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang
bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan
Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Di Kepulauan Caribbean Congkak
dikenali sebagai Warri atau Awari. Di Indonesia, Congkak dikenali dengan nama
Congklak, manakala di Filipina, Sungka.
Dalam permainan
Congkak, terdapat dua bahan iaitu Papan Congkak dan Buah Congkak. Papan Congkak
berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat
lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua
hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan
congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm
Permainan congkak melibatkan
pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan
seterusnya memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua
bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan
boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh
lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya
terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh
lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm.
Dua orang pemain diperlukan dan
berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah
atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah
dibiarkan kosong.
Dalam permainan
ini, pemain akan memulakan permainan dengan serentak. Mereka akan mengambil
buah Congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah Congkak ke dalam setiap
'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga
salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah'
kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang
seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.
Dan selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah Congkak, dan
pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain
yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam
giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Permainan ini akan diulang
sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau satu lubang
sekalipun dan dianggap kalah.
Sekiranya pemain telah membuat
satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain,
ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di
sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Peraturan permainan
1.Dua orang pemain
duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain
serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi
satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke
rumah dan kampung lawan.
2.Gerakan diteruskan
sehingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam kampung kosong di
kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan
yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3.Pihak lawan
mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah
terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4.Jika tidak terdapat
sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di pihaknya, maka
giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5.Setelah tamat
pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan
jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini
tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak
dikira dari rumah masing-masing. Pemenang ialah yang mempunyai buah congkak
terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah
kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan
sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan
Sungka, terdapat beberapa kelainan dari segi peraturan.
Perbezaan utama ialah semasa permulaan
permainan ketika mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua
pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam
berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.
Permainan batu seremban ini juga dikenali sebagaiSelambut ataupun Serembat. Permainan ini adalah sejenispermainantradisional yang dimainkan diMalaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan olehkanak-kanakperempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
Permainan selambut cuma memerlukan lima biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.
Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana-mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain akan duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.
Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
CARA BERMAIN
Peringkat Pertama :
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,
Peringkat Kedua :
Pada peringkat kedua, batu seremban dimainkan ialah sama seperti peringkat pertama.
Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Peringkat Ketiga :
Pada peringkat ketiga terdapat sedikit perbezaan.
Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Peringkat Keempat :
Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Peringkat Kelima :
Peringkat kelima permainan ini akan dimainkan seperti peringkat yang keempat.
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Peringkat Keenam :
Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Peringkat Ketujuh ( Terakhir ) :
Peringkat yang ketujuh adalah urutan daripada peringkat keenam.
Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.
Gambar di atas adalah contoh gelanggang permainan galah panjang.
Cara bermain
Terdapat 7 cara bermain permainan galah panjang, antaranya :
Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
Seterusnya penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang
Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
Syarat permainan
Sekiranya penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
Seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh jika penjaga gelanggang menyentuh ketua.
Permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantasan setiap ahli pemain. 💪💪💪💪