BATU SEREMBAN
Permainan selambut cuma memerlukan lima biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.
Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana-mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain akan duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.
Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
CARA BERMAIN
Peringkat Pertama :
- Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
- Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
- Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
- Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,
Peringkat Kedua :
- Pada peringkat kedua, batu seremban dimainkan ialah sama seperti peringkat pertama.
- Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
- Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Peringkat Ketiga :
- Pada peringkat ketiga terdapat sedikit perbezaan.
- Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
- Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Peringkat Keempat :
- Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
- Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Peringkat Kelima :
- Peringkat kelima permainan ini akan dimainkan seperti peringkat yang keempat.
- Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
- Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Peringkat Keenam :
- Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
- Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
- Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Peringkat Ketujuh ( Terakhir ) :
- Peringkat yang ketujuh adalah urutan daripada peringkat keenam.
- Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
- Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
- Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
- Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
- Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
No comments:
Post a Comment